15 maut serangan keganasan di Jabatan Kewangan Negeri
Reuters
Mei 13, 2018 07:05 MYT
Mei 13, 2018 07:05 MYT
Sekurang-kurangnya 15 maut termasuk seorang kanak-kanak manakala 42 lagi cedera dalam serangan bom dan tembakan berterusan di sebuah bangunan kerajaan di Jalalabad, Afghanistan.
Kejadian pada Ahad itu menyaksikan sebutir bom kereta diletupkan di pintu masuk Jabatan Kewangan Negeri sebelum enam penyerang bersenjatakan mesingan dan bom tangan memasuki bangunan tersebut.
Menurut pegawai kerajaan, penyerang itu meletupkan beberapa bom sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan selama beberapa jam.
Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu yang berlaku di kawasan padat dengan bangunan kerajaan lain.
Kira-kira 1,000 pelajar perempuan turut terperangkap dalam sebuah sekolah yang berdekatan sepanjang serangan itu.
Beberapa serangan berprofil tinggi telah melanda negara itu tahun ini dan mengorbankan ratusan orang awam.