15 maut dalam kebakaran hospital di barat India
Astro Awani
Mei 1, 2021 10:36 MYT
Mei 1, 2021 10:36 MYT
MUMBAI: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital di barat India pada tengah malam Sabtu.
Kebakaran berlaku di pusat jagaan khusus COVID-19 di Hospital Patel Welfare di Bharuch pada jam 12.30 pagi, lapor CGTN.
Lima puluh pesakit lain diselamatkan pekerja hospital dan anggota bomba.
Punca kejadian masih disiasat.
India, yang bergelut dengan gelombang kedua jangkitan koronavirus, baru-baru ini menyaksikan beberapa kebakaran hospital yang membawa maut.
Pada 23 April, sejumlah 13 pesakit meninggal di hospital swasta khusus untuk rawatan COVID-19 di Virar.
Pada 28 April, kebakaran hospital di Mumbai meragut nyawa empat pesakit.
#hospital terbakar
#Hospital Patel Welfare
#pusat jagaan khusus
#COVID-19
#koronavirus
#kebakaran
#bomba
#Mumbai
#India