15 juta mink bakal dimusnahkan selepas mutasi COVID-19 dikesan
Khairunnisa Kasnoon
November 4, 2020 23:58 MYT
November 4, 2020 23:58 MYT
COPENHAGEN: Denmark akan memusnahkan 15 juta mink di seluruh negara bagi menghindari risiko mutasi COVID-19.
Perdana Menteri Mette Frederiksen memaklumkan pihak berkuasa telah mengenal pasti mutasi COVID-19 dalam mink yang menjangkiti manusia.
“Virus yang bermutasi di dalam mink dapat menimbulkan risiko dalam keberkesanan vaksin yang akan datang,” ujarnya dalam satu sidang media pada Rabu.
Penyebaran COVID-19 di ladang penternakan mink berlanjutan di Denmark yang merupakan pengeluar terbesar kulit haiwan itu di dunia.
Ia terus merebak meskipun pihak berkuasa berulang kali berusaha mematikan ternakan yang dijangkiti (COVID-19) sejak Jun lalu.
Pada Oktober, kira-kira 10,000 mink yang berada di ladang penternakan di kawasan Utah dan Wisconsin Amerika Syarikat mati akibat dijangkiti COVID-19.