141 terkorban dalam serangan di Aleppo

Astro Awani
Februari 26, 2013 22:59 MYT
Human Rights Watch mengesahkan sekurang-kurangnya 141 terkorban dalam serangan tentera kerajaan di utara wilayah Aleppo.
Lebih 71 mangsa membabitkan kanak-kanak.
Dalam laporannya, pertubuhan bukan kerajaan itu menamakan tiga kawasan penempatan yang menjadi sasaran serangan.
Ia membabitkan Jabal Badro, Tariq Al Bab dan Ard Al Hamra.
Kenyataan yang dibuat pertubuhan yang berpengkalan di New York turut disokong dengan rakaman visual.
Ia menunjukkan orang ramai menarik keluar mayat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.
Dalam satu lagi video dari Ard Al Hamra, ia memaparkan sekumpulan jemaah menunaikan solat jenazah ke atas tujuh mangsa yang terkorban akibat serangan.
Aleppo, bandar terbesar di Syria, menjadi medan pertempuran sengit antara tentera kerajaan selepas ia berjaya dikuasai kumpulan penentang Julai lalu.
Dalam lawatannya minggu lalu, Human Rights Watch turut mengesahkan lebih 20 bangunan musnah akibat serangan roket.
Damsyik dikatakan menggunakan kekuatan luar biasa peluru berpandunya bagi menguasai semula bandar itu.
#Human Rights Watch #Jabal Badro #Tariq Al Bab dan Ard Al Hamra