14 warga Vietnam berjaya dipindahkan dari kawasan konflik di Ukraine

Bernama
Mac 14, 2022 12:27 MYT
Seorang anggota militia berkawal di pusat pemeriksaan di sebatang jalan menuju ke bandar Kiev, 5 Mac 2022. Tentera Rusia dilaporkan telah mengambil alih kuasa di bandar pelabuhan Kherson di selatan Ukraine minggu ini. (Gambar fail AP)
MOSCOW: Kedutaan Vietnam di Rusia dan Persatuan Vietnam di Krasnodar pada Ahad telah menerima 14 warga Vietnam termasuk tiga kanak-kanak yang melarikan diri dari wilayah Kherson di Ukraine.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), kebanyakan mereka adalah peniaga kecil di pasar tempatan yang ditutup akibat krisis Ukraine-Rusia.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Luu Xuan Truong, berkata "dia gembira kerana dia dan ahli keluarganya dapat melarikan diri dan terharu atas bantuan yang diberikan masyarakat Vietnam yang berada di Krasnodar, Rusia.
Setiausaha I di Kedutaan Vietnam di Rusia, Vu Son Viet, memberitahu VNA pihak Rusia turut membantu mempermudah proses membawa keluar kumpulan itu dari Kherson.
-- BERNAMA
#Peniaga kecil #pasar #warga Vietnam #Ukraine
;