14 termasuk bayi baru lahir maut dalam tembakan rambang
Agensi
Mei 12, 2020 22:31 MYT
Mei 12, 2020 22:31 MYT
Sekurang-kurangnya 14 termasuk dua bayi yang baru lahir terbunuh selepas beberapa orang suspek melepaskan tembakan rambang di sebuah hospital bersalin di ibu negara Afghanistan pada Selasa.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, 15 yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam serangan tersebut.
Kementerian tersebut turut mendedahkan foto-foto pihak berkuasa yang sedaya upaya menjalakan kerja-kerja menyelamat semasa serangan tersebut berlaku.
Ketiga-ketiga suspek ditemui mati dan kerja operasi menyelamat sudah berakhir.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki berpakaian uniform dilihat masuk ke klinik dan melepaskan tembakan rambang dari hadapan pintu klinik.
Setakat ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan pihak Taliban juga nafi bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Pihak berkuasa kini masih menyiasat punca kejadian.