14 terkorban bumbung stor kentang runtuh

Bernama
Mac 18, 2023 04:00 MYT
Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas bumbung kemudahan penyimpanan kentang di Uttar Pradesh utara India runtuh, kata seorang pegawai pada Jumaat. -Reuters
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas bumbung kemudahan penyimpanan kentang di Uttar Pradesh utara India runtuh, kata seorang pegawai pada Jumaat.
Insiden berlaku di bandar Chandausi daerah Sambhal pada petang Khamis.
Laporan awal kejadian yang kini meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa
Bercakap kepada Agensi Anadolu, pesuruhjaya bantuan negeri, Prabhu N Singh berkata 10 lagi mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan.
Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath, melawat mangsa yang cedera di hospital, mengumumkan pampasan untuk waris si mati dan juga mangsa cedera.
Kerajaan negeri turut mengarahkan siasatan dijalankan terhadap insiden itu.
-- BERNAMA
#India #stor kentang #Uttar Pradesh #bumbung runtuh