14 terbunuh, motosikal meletup dalam kempen pilihan raya Afghanistan

Agensi
Oktober 13, 2018 05:59 MYT
Keadaan di lokasi kejadian letupan yang berlaku pada tengah hari Sabtu sebelum seorang calon pilihan raya tiba di perhimpunan itu. Foto Twitter @QadirHabib
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh termasuk orang awam dan pasukan keselamatan selepas sebuah motosikal yang dilengkapi bahan letupan meletup pada perhimpunan pilihan raya di timur laut Afghanistan pada Sabtu.
Menurut jurucakap Ketua Polis Wilayah Takhar, Khalil Aser, seramai 32 yang lain cedera selepas motosikal yang diletakkan berhampiran perhimpunan di daerah Rustaq itu meletup.
Kejadian itu berlaku pada tengah hari sebelum seorang calon wanita yang bertanding pada pilihan raya 20 Oktober ini, Nazefa Yusoufi Beg tiba di perhimpunan itu, kata Aser.
Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada serangan itu menyasarkan Yusoufi.
Jurucakap Gabenor Wilayah, Jawad Hajri berkata, Rustaq adalah daerah terpencil yang mana serangan pemberontak tidak berlaku.

#Explosion at #election rally in #Rustaq leaves 14 dead, 35 wounded #Afghanistan pic.twitter.com/8vts39nyk4

— Ruptly (@Ruptly) October 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A bomb blast during an election campaign in #Rustaq district of #Takhar. pic.twitter.com/EsvlehiDVt

— Royeen Rahnosh (@rahnosh222) October 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah penyokong setiap calon yang berhimpun yakin keadaan di perhimpunan itu selamat.
Setakat ini, tiada sesiapa yang bertanggungjawab atas serangan itu.

From the scene of the bombing on a candidate rally in Rustaq district of #Takhar province, northeast #Afghanistan . #elections #Violence pic.twitter.com/mYye9FJkeQ

— Qadir Habib (@QadirHabib) October 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Afghanistan #bertanding #calon #Jawad Hajri #Khalil Aser #letupan #motosikal #Nazefa Yusoufi Beg #pilihan raya
;