14 terbunuh dalam serangan gereja di timur Congo
Agensi
Ogos 28, 2023 06:15 MYT
Ogos 28, 2023 06:15 MYT
BENI, CONGO: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh di wilayah Ituri di timur Congo pada hari Ahad, selepas militan menyerang sekumpulan pengunjung yang sedang berdoa di dalam gereja, kata jurucakap pihak berkuasa tempatan dan seorang pemimpin masyarakat, semalam.
Kumpulan Kerjama Pembangunan Congo (CODECO) yang juga salah satu daripada kumpulan militan yang beroperasi di wilayah timur yang konflik didakwa terlibat dalam serangan itu, kata pentadbir wilayah Djugu, Ruphin Mapela dan pemimpin masyarakat Dieudonne Lossa.
"Mangsa sedang berdoa sebelum tiba-tiba anggota militan yang dikenal pasti sebagai CODECO menyerang mereka," kata Lossa.
Menurut Mapela dan Lossa, seramai sembilan orang awam, empat anggota militan itu dan seorang askar terkorban dalam serangan itu.
Mapela berkata, pemberontak menyerang gereja-gereja Mesa, Cepac, dan Aumopro yang terletak berdekatan dengan pantai Tasik Albert.
"Sehubungan itu, kami ingin menyeru penduduk agar berada dalam keadaan tenang sementara angkatan bersenjata menjejaki penjenayah ini untuk mengekang tindakan mereka," kata jurucakap tentera Ituri, Jules Ngongo Tshikudi.
CODECO mengaku mempertahankan kepentingan para petani Lendu, yang telah lama berkonflik dengan pengembala Hema. - REUTERS