14 terbunuh dalam kebakaran hutan di Kazakhstan

Astro Awani
Jun 11, 2023 09:30 MYT
Kebakaran hutan di Kazakhstan dilaporkan melibatkan kawasan seluas 60,000 hektar. - Foto Twitter TRT World
SEKURANG-kurangnya 14 penduduk disahkan terbunuh dalam kebakaran hutan besar-besaran di timur laut Kazakhstan.
Perkara tersebut diumumkan kementerian yang mengendalikan bencana di negara Asia Tengah itu, pada Sabtu.
Sebelum ini, kerajaan Kazakhstan mengumumkan sedang menjalankan gerakan mencari penduduk yang terperangkap dalam kebakaran hutan membabitkan kawasan seluas 60,000 hektar itu.
Kementerian berkenaan berkata, seramai 316 penduduk berjaya diselamatkan.
Kebakaran juga dapat dikawal di sebalik keadaan suhu yang tinggi dan perubahan arah angin yang menyukarkan usaha tersebut.
Menurut kenyataan kementerian itu pada Jumaat, kerja-kerja memadamkan kebakaran melibatkan lebih 600 anggota, enam helikopter dan 168 peralatan.
Penduduk di tiga kampung di wilayah Abad turut diminta berpindah.
Pada Sabtu, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev memecat menteri situasi kecemasannya, Yury Ilyin.
Keseluruhannya, lebih 1,000 orang, dengan majoriti warga kerja Kementerian Pertahanan dan Kementerian Situasi Kecemasan berganding bahu dalam usaha memadam kebakaran tersebut.
#kebakaran hutan #Kazakhstan #situasi kecemasan #memadam kebakaran
;