14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel

Bernama
Mac 13, 2024 16:45 MYT
Pertubuhan itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan "memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk membebaskan dengan segera. - Gambar fail/Akaun X PCRS
MOSCOW: Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel, kata PCRS, lapor Sputnik.
Bagaimanapun, PCRS berkata lokasi mereka masih tidak diketahui.
"Pihak berkuasa Israel terus menahan 14 ahli PRCS, yang lokasinya masih belum diketahui. Keluarga dan rakan sekerja sangat bimbang keselamatan mereka kerana terdapat laporan penyeksaan dan penganiayaan berdasarkan testimoni daripada rakan sekerja yang dibebaskan," kata PCRS menerusi hantaran di laman X pada Selasa.
Pertubuhan itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan "memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk membebaskan dengan segera pasukan kami yang ditahan".
-- BERNAMA
#kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin #PCRS #Palestin #ditahan israel #perang Palestin Israel
;