14 penumpang bas cedera dalam serangan bersenjatakan pisau
Agensi
Julai 20, 2018 22:23 MYT
Julai 20, 2018 22:23 MYT
Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dengan dua daripadanya parah dalam satu serangan bersenjata di Luebeck, Jerman.
Serangan dipercayai dilakukan individu yang bersenjata pisau dan menyerang penumpang sebuah bas di bandar itu.
Susulan kejadian itu anggota polis negeri Schleswig-Holstein dikejarkan ke lokasi kejadian.
Dalam tweet terkini jabatan polis tersebut, ia menyatakan operasi itu disertai bilangan anggota yang ramai.
Ia adalah kejadian pertama seumpamanya di utara Jerman dan siasatan lanjut masih dijalankan.