14 penghuni pusat tahanan juvana Singapura ditahan
Bernama
September 28, 2018 06:49 MYT
September 28, 2018 06:49 MYT
Polis menahan 14 penghuni pusat tahanan juvana, Singapore Boy's Home, kerana merusuh dengan dua petugas pusat berkenaan dihantar ke Hospital Ng Teng Fong kerana mengalami kecederaan ringan, hari ini.
Channel NewsAsia dalam laporannya berkata polis menerima panggilan meminta bantuan pada jam 5.50 petang selepas sekumpulan penghuni bertindak liar.
Pusat berkenaan, yang terletak di Jurong West, dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Ia menempatkan belia berisiko berusia antara 12 dan 21 tahun.
Dalam pada itu, kementerian itu menyebut seorang pegawai polis bantuan turut dibawa ke hospital untuk rawatan.
Pada 21 Sept 2016, seramai 26 penghuni pusat berkenaan ditahan polis kerana merosakkan harta benda pusat berkenaan serta berkurung dalam bilik selama enam jam selepas rancangan mereka untuk melarikan diri gagal.
-- BERNAMA
#cedera
#Hospital Ng Teng Fong
#Jurong West
#juvana
#liar
#merusuh
#petugas
#polis
#pusat tahanan
#Singapore Boy's Home
#Singapura