14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India

Agensi
Mei 14, 2024 15:40 MYT
Papan iklan besar itu jatuh lalu menghempap sebuah stesen minyak di pinggir timur bandar di Ghatkopar. - Gambar/ Reuters
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di Mumbai, India.
Menurut polis, papan iklan besar itu jatuh lalu menghempap sebuah stesen minyak di pinggir timur bandar di Ghatkopar, mencederakan dan memerangkap puluhan orang, lapor Reuters.
Mumbai mengalami ribut kuat pada Isnin, menyebabkan beberapa kemalangan berlaku.
Seorang terbunuh dan seorang lagi cedera parah apabila sebuah dahan pokok menghempap sebuah kedai di kawasan Bandra.
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai terpaksa digantung lebih sejam akibat jarak penglihatan rendah dan angin kencang.
#Mumbai #India #papan iklan tumbang #angka maut
;