14 maut, puluhan cedera dalam kejadian letupan pasar malam di Davao Filipina
Agensi
September 2, 2016 07:10 MYT
September 2, 2016 07:10 MYT
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan 24 yang lain cedera selepas satu letupan menggegarkan sebuah kawasan pasar malam di Davao, Filipina pada Jumaat.
Lokasi insiden itu terletak tidak jauh dari kediaman di bandar kelahiran presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
Menurut salah seorang saksi kejadian, letupan disebabkan daripada gas memasak namun menurut laporan pihak berkuasa, ia mungkin berpunca daripada bom.
GALERI FOTO: Letupan di pasar malam Davao Filipina
Serentak itu, polis mengadakan pemeriksaan di jalan jalan utama menuju ke bandar.
Antaranya pintu masuk yang terletak di selatan Manila.
Difahamkan, ketika kejadian, pasar malam itu sesak dengan orang ramai.
Sementara itu Duterte berkata insiden letupan di pasar malam itu adalah satu angkara keganasan dan mengumumkan kerajaan negara itu akan memberikan kuasa yang lebih buat tentera untuk membendungnya.
Duterte sebelum ini tidak dapat mengesahkan sama ada wujud suspek utama dalam letupan itu namun mensyaki kumpulan militan dan sindiket dadah berkemungkinan di sebalik kejadian itu.