14 maut kejadian tanah runtuh di Guizhou, China

Bernama
Januari 4, 2022 21:59 MYT
Operasi menyelamat telah dihentikan dan punca kemalangan masih dalam siasatan. - Gambar hiasan/ AP Newsroom
GUIYANG: Angka kematian akibat tanah runtuh melanda bandar Bijie, di Wilayah Guizhou barat daya China, pada Isnin telah meningkat kepada 14 mangsa, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Kejadian tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan sekitar 7 malam Isnin, menurut majlis perbandaran Bijie.
Seramai 17 orang telah ditemui dengan 14 daripadanya disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi kini menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil, menurut majlis perbandaran.
Operasi menyelamat telah dihentikan dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
#tanah runtuh #China #tapak pembinaan #bijie
;