14 maut kejadian banjir di Tamil Nadu

Astro Awani
November 11, 2021 21:52 MYT
Seorang lelaki mengharung banjir dengan basikalnya di Chennai, Tamil Nadu, 11 Nov, 2021. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 14 individu ditemui maut dalam kejadian banjir di Tamil Nadu, selatan India, pada Khamis, selepas hujan berpanjangan melanda negeri itu.
Beberapa daerah lain turut mengeluarkan amaran bahaya dan dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi air deras dari Teluk Bengal.
Jabatan Meteorologi India turut memberi amaran hujan di beberapa kawasan terasing.
Hujan lebat sebelum ini turut melanda ibu negeri Chennai, sepanjang hujung minggu ini.
Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Negara juga dikerahkan bagi membantu misi menyelamat penduduk tempatan.
Antara lain, 100 pusat pemindahan turut didirikan.
#banjir #Chennai #India #amaran bahaya