14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu

Astro Awani
Oktober 14, 2022 06:15 MYT
Seorang pekerja lombong yang cedera dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. - Foto REUTERS
BARTIN: Sekurang-kurangnya 14 dilaporkan maut dalam kejadian letupan di dalam lombong arang batu di Turkiye.
Menurut Menteri dalam Negeri negara itu, 28 yang lain cedera.
Insiden berlaku di wilayah pantai Laut Hitam, Amasra pada Jumaat.
Menteri Tenaga pula memaklumkan, letupan berkemungkinan berpunca akibat lembapan api.
Ia merujuk kepada gas mudah terbakar yang terdapat di lombong arang batu.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap diteruskan.
Letupan | 14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu
#letupan #lombong arang batu #lembapan api #mencari dan menyelamat mangsa
;