14 maut akibat gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Albania
Agensi
November 26, 2019 17:26 MYT
November 26, 2019 17:26 MYT
SEKURANG-KURANGNYA 14 maut manakala ratusan orang awam dilaporkan cedera susulan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Albania pada pagi Selasa.
Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gegaran yang berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatan itu berpusat kira-kira 30 kilometer ke barat laut Tirana.
Gempa susulan juga dilaporkan berukuran antara 5.1 hingga 5.4 magnitud.
Presidennya, Ilir Meta menyifatkan gegaran yang berlaku itu sangat dramatik.
Sementara itu, jurucakap kementerian pertahanan memaklumkan tiga mayat ditemui dalam bangunan runtuh kira-kira 33 kilometer dari bandar Tirana.
Manakala seorang lagi mangsa maut akibat cubaan menyelamatkan diri apabila melompat keluar dari rumah.
Dalam pada itu, kementerian kesihatan memaklumkan mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di tiga pusat perubatan di Durres, Tirana dan Thumane.