14 kanak-kanak di India dijangkiti HIV, Hepatitis selepas transfusi darah

Bernama
Oktober 24, 2023 03:44 MYT
Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah. - Gambar hiasan/Freeimages
MOSCOW: Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times pada Isnin.
Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi HIV.
Transfusi berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh gangguan darah talasemia mereka.
Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah.
-- BERNAMA
#Kanak-kanak #India #HIV #hepatitis #pemindahan darah