14 ditahan dalam rusuhan di Sepanyol
Bernama
Februari 17, 2021 12:53 MYT
Februari 17, 2021 12:53 MYT
MADRID: Sekurang-kurangnya 14 orang ditahan susulan rusuhan yang tercetus di beberapa bandar di Sepanyol, kerana membantah penahanan rapper Pablo Hasel, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik polis Catalan.
Pablo Hasel ditahan kerana menyokong keganasan dan menghina monarki.
Dua ditahan di Barcelona, empat di Vic dan lapan di Lleida, kata Mossos d'Escuadra di Twitter.
Menurut perkhidmatan perubatan kecemasan, kira-kira 30 cedera, lapan daripadanya dimasukkan ke hospital, selepas bertempur dengan anggota polis.
-- BERNAMA
#sepanyol
#rusuhan
#penahanan
#cedera
#menghina monarki
#keganasan
#penyanyi rap
#rapper
#Pablo Hasel