14 cedera dalam nahas jalan raya babitkan dua bas di Singapura

Bernama
Julai 11, 2021 05:13 MYT
16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang. - Foto Facebook/Murali Pillai
SINGAPURA: Seramai 14 cedera termasuk lima daripadanya serius selepas terbabit dalam satu nahas jalan raya melibatkan dua buah bas di Singapura pada Ahad.
Nahas berlaku di Bukit Batok Bus Interchange, menurut Anggota Parlimen Bukit Batok, Murali Pillai di akaun Facebooknya.
Namun, katanya "kecederaan mangsa tidak mengancam nyawa".
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang bertindak pantas.
Sementara itu, The Straits Times melaporkan nahas berlaku kira-kira 5 petang dan bas berkenaan dikendalikan Tower Transit.
Memetik jurucakap syarikat berkenaan, 16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang.
-- BERNAMA
#nahas jalan raya #Singapura #Bukit Batok #Murali Pillai
;