14 cedera dalam letupan di kilang logam Ohio
Astro Awani
Februari 21, 2023 08:10 MYT
Februari 21, 2023 08:10 MYT
COLUMBUS: Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan cedera dalam letupan di sebuah kilang logam di Ohio, Amerika Syarikat (AS).
Letupan di kilang pembuatan I Schumann & Co di bandar Bedford, dekat Cleveland itu menyebabkan logam cair dan serpihan menghujani bangunan berhampiran.
Kepulan asap yang menjulang tinggi dapat dilihat dari jauh ketika jentera bomba bergegas ke lokasi.
Menurut ketua bomba Oakwood Brian DiRocco, kebanyakan mangsa cedera ringan dengan hanya seorang berada dalam keadaan kritikal.