14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago

Bernama
Julai 22, 2020 11:41 MYT
Polis Chicago menyiasat insiden tembakan di lokasi kejadian di kejiranan Gresham, Chicago, 21 Julai, 2020. (Foto AP)
Seramai 14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago pada Selasa dan kesemuanya kini dirawat di hospital, lapor agensi berita Sputnik memetik Timbalan Penguasa Polis Chicago Eric Carter.
Laporan awal mengatakan 11 cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 23:30 GMT di 1000-blok West 79th Street, lokasi berlangsungnya upacara pengebumian.
"Ada 14 mangsa dirawat di lima hospital berasingan. Buat masa ini keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan," kata Carter.
Menurut Carter, setakat ini polis menahan seorang suspek dan motif kejadian masih disiasat.
--BERNAMA
#cedera #Chicago #Eric Carter #Hospital #mangsa #pengebumian #polis #suspek #tembakan
;