136 tahun untuk hapuskan jurang jantina global - WEF

Agensi
April 14, 2021 13:50 MYT
Menurut WEF, ia akan mengambil masa 268 tahun untuk merapatkan jurang jantina ekonomi, satu jurang yang semakin meningkat pada tahun lalu disebabkan kurangnya kemajuan dalam merapatkan jurang Penyertaan dan Peluang dalam Ekonomi. - Gambar REUTERS
JURANG jantina global dijangka tidak dapat dihapuskan buat 100 tahun lagi, berdasarkan trend pada tahun 2020.
Bagaimanapun, menurut jangkaan terbaharu Forum Ekonomi Sedunia (WEF) untuk tahun 2021, dunia kini semakin terkebelakang dalam menuju ke arah mencapai kesaksamaan jantina.
Data menunjukkan dunia memerlukan 136 tahun untuk menghapuskan jurang antara jantina berbanding jangkaan 100 tahun pada tahun lepas.
Apakah sebabnya?
Pengarah Urusan dan Ketua Pusat Ekonomi dan Masyarakat WEF, Saadia Zahidi berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mewujudkan halangan baharu untuk membina ekonomi dan masyarajat yang inklusif dan makmur.
BACA: Indeks Jurang Gender Global 2021: Kedudukan Malaysia jatuh
“Jurang jantina yang sudah wujud telah meningkatkan krisis ketidaksaksamaan antara lelaki dan wanita.
“Ia biarpun wanita berada di barisan hadapan dalam menguruskan krisis sebagai pekerja dalam sektor perkhidmatan penting,” katanya.
Indeks Jurang Gender Global 2021 | Kedudukan Malaysia jatuh
Dalam pada itu, apabila melihat aspek tertentu berhubung jurang tersebut, faktor terbesar dalam perbezaan tersebut menjadi jelas.
Menurut WEF, ia akan mengambil masa 268 tahun untuk merapatkan jurang jantina ekonomi, satu jurang yang semakin meningkat pada tahun lalu disebabkan kurangnya kemajuan dalam merapatkan jurang Penyertaan dan Peluang dalam Ekonomi.
Dipandang dari sudut yang positif, pada kadar semasa, jurang pendidikan kelihatan akan berjaya dihapuskan dalam masa 14 tahun, biarpun jangkaan itu telah meningkat dua tahun sejak anggaran terakhir dibuat.
#jurang jantina global #Forum Ekonomi Sedunia #WEF #kesaksamaan jantina #Saadia Zahidi #Ketua Pusat Ekonomi dan Masyarakat WEF #COVID-19 #ekonomi #pandemik #pendidikan #wanita
;