13 terbunuh dalam serangan terbaru di Syria
Astro Awani
Januari 15, 2013 11:12 MYT
Januari 15, 2013 11:12 MYT
Jet pejuang Syria terus membedil beberapa kawasan dikuasai kumpulan anti kerajaan di Idlib dan Rastan.
Serangan terbaru itu menyebabkan kemusnahan teruk dan meragut sekurang-kuranganya 13 nyawa.
Serangan udara berkenaan dilapor berlaku dua hari berturut-turut pada Ahad dan Isnin.
Dalam pada itu, kumpulan aktivis mendakwa serangan dalam tempoh 24 jam lalu adalah yang paling kuat dilakukan tentera Syria sejak perang saudara meletus yang berlarutan selama hampir dua tahun.
Perang saudara Syria setakat ini belum menunjukkan sebarang tanda akan berakhir.
Malah Pertubuhan Bangsa Bersatu menganggarkan konflik tersebut telah mengorbankan lebih 60 ribu orang terbunuh.