13 terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kenya

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 13, 2017 08:13 MYT
Laporan awal polis daerah Nakuru mengesahkan ia berpunca dari sebuah trak yang dipandu laju yang kemudiannya merempuh sebuah bas. - Foto Thomson Reuters
Sekurang-kurangnya 13 orang disahkan terbunuh dalam kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Nairobi.
Laporan awal polis daerah Nakuru mengesahkan ia berpunca dari sebuah trak yang dipandu laju yang kemudiannya merempuh sebuah bas.
Akibat hentaman kuat, bas terbabit telah berlanggar dengan dua buah kenderaan dari arah sama.
Dalam kejadian pada Selasa, berpuluh-puluh yang lain mengalmai kecederaan dan dikejarkan ke hospital berhampiran.
Sabtu lalu 30 orang terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di Kenya.
Susulan kekerapan insiden, Presiden Uhuru Kenyatta menggesa agar rakyatnya lebih berhati-hati ketika di jalan raya dan menggesa siasatan lanjut dijalankan.
#bas #kemalangan #kemalangan maut #Kenya #Nahas #Nairobi
;