13 rakyat Palestin cedera diserang tentera Israel di Tebing Barat

Bernama
Julai 28, 2021 13:00 MYT
Tentera Israel menyerang rakyat Palestin ketika mereka menyertai demonstrasi menentang cubaan pendatang Israel mengambil alih sumber mata air di kawasan Ain al-Hilweh. - Foto Reuters
RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin yang menyertai protes terhadap penempatan haram, dilaporkan cedera akibat keganasan tentera Israel, di utara Tebing Barat pada Selasa memetik Agensi Berita Anadolu (AA).
Gabenor Tubas Younis al-Assi dalam satu kenyataan berkata tentera Israel menyerang rakyat Palestin termasuk Gabenor Tubas, ketika mereka menyertai demonstrasi menentang cubaan pendatang Israel mengambil alih sumber mata air di kawasan Ain al-Hilweh .
Pengarah Jawatankuasa Bil'in Polupar Mengenai Tembok dan Penempatan Haram, Abdullah Abu Rahmeh berkata, tentera zionis bertindak menggunakan penyembur lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Dalam kejadian itu, 13 rakyat Palestin cedera termasuk gabenor Tubas, dan seorang lagi penunjuk perasaan ditahan, katanya.
Abu Rahmeh berkata sejak beberapa bulan lalu, pendatang haram Israel cuba merampas kawasan tersebut termasuk membina pagar bagi menghalang pengembala Palestin menggunakan kemudahan itu.
-- BERNAMA
#Palestin #Israel #Penunjuk perasaan #Zionis #penempatan haram
;