13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Astro Awani
April 23, 2021 12:06 MYT
April 23, 2021 12:06 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 pesakit COVID-19 terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di barat India awal pagi Jumaat.
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula, lapor agensi berita Press Trust of India.
Kebakaran di tingkat dua premis itu berjaya dipadamkan tidak lama kemudian.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Vijay Vallabh, Dilip Shah berkata berkata terdapat 90 pesakit di hospital yang terletak kira-kira 70 kilometer di utara Mumbai, ibu kota kewangan India.
Beberapa pesakit yang bergantung kepada bekalan oksigen dipindahkan ke hospital berdekatan.
Punca kebakaran sedang disiasat.
Kebakaran ini berlaku dua hari selepas 24 pesakit COVID-19 yang kritikal meninggal dunia apabila bekalan oksigen ke unit ventilator mereka bocor dalam kejadian di sebuah hospital di Nashik, Maharashtra.