13 pelajar mati lemas semasa berkelah
Bernama
Februari 1, 2016 23:18 MYT
Februari 1, 2016 23:18 MYT
Sepuluh pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki dari sebuah kolej mati lemas semasa berkelah dekat pantai Murud, Raigad, di negeri Maharashtra.
Mereka adalah dari kumpulan 115 pelajar Adeba Idambar College dari bandaraya Pune yang berkunjung ke kawasan perkelahan popular itu, kira-kira 50 kilometer dari Mumbai.
Saluran berita NDTV melaporkan lima daripada pelajar itu yang diselamatkan dimasukkan ke hospital.
Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan beberapa pelajar lagi yang dilaporkan hilang.
Seorang pegawai polis memberitahu saluran berita TV itu bahawa sekumpulan 25 pelajar telah ditarik oleh ombak kuat.