13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah

Agensi
September 26, 2022 17:34 MYT
Suspek yang menggunakan dua pucuk pistol itu juga dilaporkan membunuh diri selepas melepaskan tembakan secara rambang. - Gambar hiasan PEXELS
MOSCOW: Seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke sebuah sekolah di bandar Izhevsk, di sini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang maut dan puluhan cedera, hari ini.
Memetik laporan CNN, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada murid, pengawal keselamatan dan orang awam di sekolah itu.
Insiden yang meragut nyawa itu berlaku di sekolah bernombor 88 yang menempatkan 1,000 orang pelajar dan 80 orang guru.
Suspek yang menggunakan dua pucuk pistol itu juga dilaporkan membunuh diri selepas melepaskan tembakan secara rambang.
Sehingga kini, motif penyerang tidak dapat dikenal pasti.
Dalam pada itu, media Russia menyiarkan video mengenai insiden yang menunjukkan tompokan darah di lantai, kesan peluru di tingkap dan kelihatan juga para pelajar bersembunyi di bawah meja.
Kesemua guru dan murid dilaporkan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat.
#Russia #Kes Tembak #sekolah #tembakan
;