13 maut: Gara-gara penumpang perempuan pukul pemandu bas rupanya...

Sinar Harian
November 2, 2018 21:00 MYT
Menurut polis, wanita dikenali sebagai Liu, 48, itu berang kerana bas tersebut tidak berhenti di destinasinya. - Foto Agensi
Sekurang-kurangnya 13 terkorban manakala dua lagi hilang apabila sebuah bas terhumban ke dalam sungai di China selepas satu pertengkaran tercetus.
Media tempatan melaporkan bas tersebut merempuh jambatan Sungai Yangtze di daerah Wanzhou sebelum terjunam pada ketinggian 50 meter (m) dalam kejadian pada Ahad lalu.
Rakaman sistem kamera keselamatan menunjukkan pemandu bas tersebut dipukul seorang penumpang hingga menyebabkannya hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan.
Menurut polis, wanita dikenali sebagai Liu, 48, itu berang kerana bas tersebut tidak berhenti di destinasinya.
"Dia bertindak memukul pemandu bas dengan telefon bimbit hingga mengganggu konsentrasi pemandu terbabit," ujar jurucakapnya.

Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara besar-besaran membabitkan pasukan penyelam, puluhan bot dan kren turut dilancarkan, namun tiada penumpang dilaporkan terselamat.

Difahamkan, bangkai bas tersebut dibawa keluar pada kedalaman 71 m pada malam Rabu lalu. - BBC

#bas #China #hilang #keselamatan #Media #menjunam #pemandu bas #pertengkaran #polis #Sungai Yangtze #wanita
;