13 maut dipanah petir di Yaman

Bernama
Ogos 22, 2022 05:15 MYT
Pada 12 Ogos, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 77 orang terkorban akibat hujan lebat dan kejadian banjir di Yaman. - Gambar hiasan
ADEN: Seramai 13 orang terbunuh manakala 21 cedera akibat dipanah petir di Yaman dalam tempoh 24 jam, lapor Anadolu memetik Agensi Berita SABA.
Media tempatan melaporkan seramai tujuh orang terkorban dan lapan lagi cedera akibat dipanah petir di beberapa kawasan di wilayah Hajjah, pada Ahad.
Sementara itu, enam wanita dilaporkan maut dan 13 lagi cedera ketika menghadiri majlis pengebumian di wilayah Amran.
Dalam perkembangan lain, pada 12 Ogos, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 77 orang terkorban akibat hujan lebat dan kejadian banjir di Yaman.
-- BERNAMA
#Yaman #maut dipanah petir #cuaca buruk #angka korban
;