13 maut dalam runtuhan bangunan kediaman di India
Agensi
Ogos 25, 2020 21:18 MYT
Ogos 25, 2020 21:18 MYT
Sekurang-kurangnya 13 maut dalam kejadian bangunan kediaman runtuh di daerah Raigad, Maharashtra, India pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan kira-kira 60 penduduk kediaman tersebut yang terperangkap dalam runtuhan bangunan lima tingkat itu.
Setakat ini, pihak berkuasa masih mencari 20 mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan itu.
Puluhan anggota penyelamat dari Pasukan Bantuan Bencana Nasional dikerjakan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan insiden tersebut sebagai tragedi yang menyedihkan.
Katanya, beliau turut berduka atas kehilangan ahli keluarga penduduk di kediaman tersebut dan berdoa agar mereka yang cedera kembali pulih secepat mungkin.
Mangsa yang terperangkap yang telah diselamatkan, dihantar ke hosptial bagi menerima rawatan.
Punca runtuhan masih dalam siasatan.