13 maut dalam kemalangan bas di Mexico

Agensi
Oktober 2, 2016 10:10 MYT
Akibat pelanggaran itu, bas berkenaan kemudiannya terbakar dan musnah sama sekali dalam masa yang singkat.
Tiga belas maut manakala dua lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Veracruz, Mexico, pada Sabtu.
Ketika kejadian, bas pengangkutan awam itu sedang dalam perjalanan dari Mexico City menuju ke Villahermosa, Tabasco.
Pihak berkuasa Veracruz memaklumkan, insiden itu berpunca daripada bas terbabit merempuh bahagian belakang sebuah trak yang membawa bahan binaan konkrit.
Akibat pelanggaran itu, bas berkenaan kemudiannya terbakar dan musnah sama sekali dalam masa yang singkat.
Hampir kesemua yang berada dalam bas maut, termasuk pemandunya.
Mereka yang cedera ialah seorang penumpang dan pemandu gantian, yang kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk diberi rawatan.
#kemalangan bas #Mexico #Mexico City #Tabasco #Veracruz #Villahermosa
;