13 maut dalam kejadian letupan bom di ibu pejabat tentera Pakistan
Astro Awani
Januari 20, 2014 22:25 MYT
Januari 20, 2014 22:25 MYT
Tiga belas maut selepas pengebom berani mati meletupkan dirinya di ibu pejabat tentera Pakistan di Rawalpindi. Manakala 18 yang lain dilaporkan cedera.
Polis menyifatkan ia sebagai seranghendap terhadap tentera Pakistan. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Serangan itu berlaku sehari selepas konvoi tentera diserang ketika dalam perjalanan ke utara Waziristan.
Insiden menyaksikan 20 anggota maut dan 30 yang lain cedera. Taliban mengaku bertanggungjawab dan dilakukan pengebom berani mati.
Jurucakap taliban Pakistan, Shahidullah Shahid, memberitahu serangan sebagai membalas dendam atas kematian bekas ketua kumpulan itu, Waliur Rehman yang didakwa dibunuh tahun lepas.