13 maut, 25 cedera dalam nahas bas di barat India

Bernama
April 15, 2023 16:58 MYT
Bas yang dalam perjalanan dari Pune ke Mumbai itu terhumban ke dalam gaung di daerah Raigad di negeri Maharashtra. -Foto tular media sosial
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala 25 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas di barat India pada pagi Sabtu.
Bas yang dalam perjalanan dari Pune ke Mumbai itu terhumban ke dalam gaung di daerah Raigad di negeri Maharashtra, lapor media tempatan.
Kebanyakan mangsa dilaporkan terdiri daripada ahli kumpulan muzik tradisional dari Mumbai.
Kerajaan Maharashtra mengumumkan pembayaran 500,000 rupee (RM26,880) setiap seorang kepada waris mangsa yang terkorban.
-- BERNAMA
#nahas bas #terhumban ke dalam gaung #Raigad #ahli kumpulan muzik tradisional
;