13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol

Agensi
Mei 16, 2022 13:05 MYT
Sebanyak 13 penumpang maut manakala 12 lagi cedera parah dalam kemalangan sebuah bas pelancong melanggar tiang Plaza Tol Surabaya - Mojokerto pada Isnin.
JAKARTA: Sebanyak 13 penumpang maut manakala 12 lagi cedera parah dalam kemalangan sebuah bas pelancong melanggar tiang Plaza Tol Surabaya - Mojokerto pada Isnin.
Menurut jurucakap Polis Daerah Jawa Timur, Dwi Sumrahadi, tragedi berkenaan berlaku di Kilometer 712+400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).
Memetik laporan portal berita Kompas, bas pesiaran yang dipandu Ade Firmansyah dilaporkan melanggar tiang papan tanda elektronik di plaza tol itu.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk proses kenal pasti identiti bagi yang meninggal dunia sementara mangsa yang cedera parah menerima rawatan.
#13 penumpang maut #kemalangan #bas pesiaran #langgar tiang plaza tol
;