13 cedera kereta api penumpang tergelincir di New York

Bernama
Ogos 4, 2023 12:20 MYT
Kesemua lapan gerabak kereta api Long Island Rail Road itu tergelincir dari landasan dalam kejadian pada 11.12 pagi waktu tempatan. -Twitter LIRR
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera selepas sebuah kereta api penumpang yang sedang menuju ke Hempstead tergelincir di timur Stesen Jamaica di 175th Street dan 95th Avenue di daerah Queens New York pada Khamis.
Kesemua lapan gerabak kereta api Long Island Rail Road itu tergelincir dari landasan dalam kejadian pada 11.12 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua memetik kenyatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif pihak berkuasa pengangkutan metropolitan (MTA) Janno Lieber.
Kebanyakan mangsa mengalami cedera ringan.

An update on our ongoing work to restore service after a derailment near Hillside this morning: Expect delays, cancelled or combined trains, and track changes at Jamaica. All customers have been able to board shuttle buses at Jamaica for Hollis and Queens Village. Please pic.twitter.com/dYbwXMpUTI

— LIRR (@LIRR) August 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Keutamaan kami ialah memastikan semua penumpang dan pekerja kereta api selamat dan perkhidmatan kereta api disambung semula secepat mungkin," kata Gabenor New York, Kathy Hochul, dalam satu kenyataan.

Grateful to the @MTA workers & first responders who quickly responded to this mornings derailment & are working to restore full service. Riders can expect track changes & possible delays through tomorrow. Use the TrainTime App or visit https://t.co/HdmSksTdqa for updates. pic.twitter.com/HVH5uGlWdP

— Governor Kathy Hochul (@GovKathyHochul) August 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Punca nahas belum dikenal pasti.
Pegawai MTA berkata gangguan perkhidmatan dijangkakan sehingga pagi Jumaat.
-- BERNAMA
#kereta api penumpang tergelincir #Hempstead #Queens New York #Long Island Rail Road
;