13 buah sekolah ditutup susulan ribut tropika Vinta

Agensi
Disember 21, 2017 16:57 MYT
Vinta mampu mencecah kelajuan dari 65 kilometer sejam hingga 80 kilometer sejam.
SEBANYAK 13 buah sekolah ditutup susulan amaran ribut tropika Vinta yang dijangka berlaku pada lewat Khamis.
Sekolah-sekolah di wilayah Mindanao itu terpaksa ditutup selepas amaran taufan terbabit dikeluarkan Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi pada lewat Rabu.
Ribut tropika Vinta dijangka berlaku antara 21 Disember hingga 23 Disember ini.
Kerajaan turut memberi amaran agar sebarang sambutan Tahun Baru Krismas dijadual semula berikutan ribut terbabit.
Vinta mampu mencecah kelajuan dari 65 kilometer sejam hingga 80 kilometer sejam.
Tujuh wilayah lain turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan ribut yang dijangka kuat pada Jumaat.
#Filipina #Mindanao #Vinta Tropical Storm
;