13 anggota polis Mesir maut dalam serangan militan IS di Semenanjung Sinai

Agensi
Mac 20, 2016 09:17 MYT
Cabang Daish yang berpangkalan di Sinai mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan terbabit.
13 anggota polis Mesir terbunuh dalam satu serangan militan Daish (IS) di pusat pemeriksaan selatan wilayah El-Arish, utara Semenanjung Sinai, pada Sabtu.
Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan berkata, cabang Daish yang berpangkalan di Sinai mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan terbabit.
Pegawai keselamatan Mesir turut melaporkan lima anggota militan Daish terbunuh dalam pertempuran di pusat pemeriksaan itu.
Pasukan keselamatan Mesir di Sinai sememangnya sering menjadi sasaran Daish.
Kumpulan itu didakwa menjadi dalang di sebalik insiden sebuah pesawat penumpang Rusia yang ditembak jatuh pada Oktober lalu yangmengorbankan 224 orang.
Mesir menyaksikan peningkatan gelombang pengeboman bunuh diri dan serangan militan selepas tentera menggulingkan Presiden pro Islam Mohammed Morsi pada 2013.
Cabang militan Mesir itu turut mendakwa bertanggungjawab ke atas sebahagian besar serangan yang dilancarkan.
#daish #IS #Mesir #militan #Morsi #Sinai
;