13,000 rakyat Palestin terkorban, 30,000 cedera sejak 7 Oktober

Agensi
November 19, 2023 06:00 MYT
Sejumlah mayat rakyat Palestin bergelimpangan di luar Hospital Al-Shifa. - Gambar REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terkorban sementara 30,000 mangsa lain pula dilaporkan cedera susulan zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
Daripada jumlah berkenaan, 5,500 kematian melibatkan kanak-kanak dan 3,500 mangsa pula merupakan wanita, kata kerajaan yang mentadbir Gaza.
Israel pula mendakwa seramai 1,200 rakyatnya meninggal dunia sejak pasukan pejuang Hamas menyerangnya pada Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan Gaza merupakan sumber rasmi berhubung jumlah kematian dan kecederaan rakyat Palestin dalam perang antara Israel dan Hamas itu. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #jumlah kematian #israel serang gaza #Kementerian Kesihatan Gaza
;