120,000 perniagaan runcit di Itali berisiko ditutup akibat peningkatan harga tenaga
Bernama
Ogos 25, 2022 05:00 MYT
Ogos 25, 2022 05:00 MYT
ROM: Kumpulan peruncitan Itali Confcommercio pada Khamis berkata kira-kira 120,000 firma berisiko ditutup bermula kini hingga separuh pertama tahun depan berikutan kenaikan harga tenaga di tengah-tengah kenaikan harga minyak dan gas akibat perang Ukraine, serta inflasi yang meningkat.
Kenaikan harga tenaga dan inflasi melebihi 8 peratus dan dijangka meningkat lagi, dengan 80 peratus daripadanya disebabkan oleh kenaikan harga bahan tenaga mentah, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).
Laporan Confcommercio menyebut kira-kira 370,000 pekerjaan juga berhadapan risiko.
Kos tenaga sektor perkhidmatan akan mencecah 33 bilion euro pada 2022, meningkat daripada 11 bilion pada 2021.
"Ia satu keadaan yang amat membimbangkan," kata Confcommercio, menyeru lebih banyak bantuan kerajaan kepada perniagaan yang sedang bergelut.
-- BERNAMA