12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan

Bernama
Februari 7, 2024 19:32 MYT
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan. - AP
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam insiden letupan bom di luar pejabat kempen calon pilihan raya, di barat daya Pakistan pada Rabu.
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pegawai tempatan Jamal Uddin.
Beliau berkata setakat ini belum diketahui sama ada insiden itu angkara pengebom bunuh diri atau akibat peranti yang ditanam meletup.
Selain itu, Uddin berkata tidak dapat dipastikan sama ada calon bagi kawasan pilihan raya tempatan, Asfandyar Kakar, berada di pejabat ketika kejadian berlaku.
Keganasan semakin meningkat di Pakistan sejak beberapa bulan kebelakangan ini menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Khamis.
-- BERNAMA
#letupan #keganasan #calon pilihan raya #pilihan raya Pakistan
;