12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir

Astro Awani
Oktober 15, 2024 08:45 MYT
Siasatan awal telah menyimpulkan pemandu bas itu memandu laju dan hilang kawalan ke atas kenderaan itu. - Foto AP
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 33 cedera dalam kemalangan sebuah bas di lebuh raya yang menghubungkan Kaherah, Mesir ke pantai Laut Merah pada Isnin.
Kementerian Kesihatan Mesir berkata, 28 buah ambulans dihantar ke tempat kejadian yang berlaku di Lebuhraya Al-Galala yang menghubungkan Kaherah ke bandar pesisir Laut Merah termasuk Ain Sokhna.
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.
Difahamkan mereka baru pulang dari kelas mereka dan dalam perjalanan ke asrama di pusat peranginan Ain Sokhna menggunakan lebuh raya baharu Galala.
Siasatan awal telah menyimpulkan pemandu bas itu memandu laju dan hilang kawalan ke atas kenderaan itu.
Pemandu itu ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas nahas itu.
#Nahas #bas #pelajar universiti #hilang kawalan
;