12 remaja hamil serentak
Sinar Harian
Oktober 3, 2018 11:39 MYT
Oktober 3, 2018 11:39 MYT
Persatuan Perancangan Keluarga Indonesia (PKBI) terkejut dengan kehamilan serentak seramai 12 pelajar sebuah sekolah menengah di Lampung, Sumatera.
Pengarahnya, Dwi Hafsah Handayani berkata, lebih mendukacitakan apabila pihak sekolah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan PKBI.
"Pihak sekolah memberitahu semua pelajarnya bersih, tetapi bila diperiksa ada 12 remaja yang hamil," katanya.
Sementara itu, tinjauan PKBI di sekitar Lampung mendapati sekurang-kurangnya 100 kondom terjual dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, perkara itu sesuatu yang membimbangkan dan menuntut pihak sekolah lebih agresif dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
"Selain ibu-bapa, pihak sekolah juga memainkan peranan penting bagi memastikan golongan remaja menghindari aktiviti tidak bermoral," katanya.