12 maut dalam serangan berani mati di Afghanistan
Astro Awani
Januari 26, 2013 07:52 MYT
Januari 26, 2013 07:52 MYT
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dalam serangan berani mati di Afghanistan dimana 10 daripada mangsa disahkan anggota polis.
Antanya ketua polis Wilayah Kunduz yang bertanggujawab memerangi pengganas dan ketua polis trafik.
Penyerang dikatakan menaiki motosikal dan kemudian bertindak meletupkan diri manakala kejadian itu turut mencederakan 14 yang lain.
Selain Kinduz, serangan bom turut berlaku di bandar Ghazni dimana seorang anggota polis dan seorang awam disahkan maut selepas bom yang dipasang pada sebuah basikal diletupkan dengan alat kawalan jauh.