12 maut dalam nahas babitkan bas di Nepal

Bernama
Januari 13, 2024 14:05 MYT
Bas malang terbabit didakwa dipandu laju sebelum melanggar pagar jambatan Sungai Rapti sebelum terjunam ke dalam sungai. - Gambar hiasan
KATHMANDU: Seramai 12 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di daerah Dang di barat Nepal pada Jumaat, lapor Xinhua.
"Seramai 12 orang disahkan terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kemalangan itu," kata ketua pegawai daerah Rambandhu Subedi pada Sabtu.
Bas yang membawa 36 penumpang itu dilaporkan dalam perjalanan ke Kathmandu dan didakwa dipandu laju sebelum melanggar pagar jambatan Sungai Rapti sebelum terjunam ke dalam sungai.
Nahas itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan.
Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan bangkai bas berkenaan, kata Subedi.
Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.
-- BERNAMA
#nahas bas #Nepal #Kathmandu #pasukan penyelamat #kemalangan maut
;