12 maut bas penumpang bertembung lori di India
Bernama
Disember 28, 2023 12:30 MYT
Disember 28, 2023 12:30 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang dan sebuah lori bertembung di negeri Madhya Pradesh di tengah India pada Rabu malam.
Seorang pegawai polis semasa ditemui wartawan berkata bas itu terbalik dan terbakar akibat perlanggaran itu.
Seramai 16 orang turut cedera dalam nahas yang berlaku di daerah Guna, kira-kira 180 kilometer (km) dari ibu negeri Bhopal.
Ketua menteri Madhya Pradesh Mohan Yadav mengarahkan siasatan berhubung kemalangan itu.
Beliau mengarahkan pentadbiran daerah menyediakan 400,000 rupee (RM22,250) kepada keluarga setiap orang yang terkorban dan 50,000 rupee kepada mangsa yang cedera parah.
Beratus ribu orang terbunuh dan cedera dalam kemalangan jalan raya pada setiap tahun di India, dengan kurangnya kemahiran memandu dan ingkar peraturan lalu lintas menjadi antara punca utama nahas.
Menurut data rasmi, Madhya Pradesh merekodkan sebanyak 54,432 kemalangan jalan raya pada 2022 dengan 13,427 orang terbunuh manakala 55,168 lagi cedera.
-- BERNAMA