12 maut akibat taufan di selatan Filipina
AFP
Mac 27, 2013 17:56 MYT
Mac 27, 2013 17:56 MYT
12 maut apabila taufan membadai sebuah bot yang membawa lebihan muatan di selatan Filipina.
Taufan turut menyebabkan bot terbalik menurut pihak berkuasa.
Motobot yang dikhaskan untuk membawa sepuluh orang penumpang telah membawa 18 orang dari pekan kecil di Kepulauan Mindanao pada malam Isnin menurut Datuk Bandar, Alan Aguas.
"Angin sangat kencang dan terdapat taufan kecil. Ketika taufan tersebut hampir membadai beberapa penumpang panik dan menyebabkan bot terbalik," menurut Aguas.
Antara yang maut ialah kanak-kanak yang berusia tiga, tujuh dan sembilan tahun, katanya lagi.
Kegelapan pada waktu itu mungkin menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kematian.
Feri yang kecil dan buruk merupakan tulang belakang kepada pengangkutan di Filipina dan 7,000 gugusan pulau yang lain. Sehubungan dengan itu, banyak nyawa yang telah terkorban berikutan cuaca buruk dan insiden bot terbalik kerana terlebih had muatan.